Thursday, 27 December 2012

KELAS DEWASA

Kelas untuk 3 sekawan........
alhamdulillah mudah terima latihan dan mudah memahami.....
Lepas semua dah cekap..... kita buat laps pulak ok.....
20 laps.......


kelas renang


Selain kelas renang secara individu dan kumpulan kecil, di GilerRenang juga menawarkan kelas renang untuk berkumpulan secara besar....seperti untuk sekolah - sekolah. Guru - guru yang berminat boleh menghubungi saya untuk perbincangan lanjut.

Beberapa sekolah di Putrajaya pernah bekerjasama dengan GilerRenang iaitu Sek. Alam Shah dan Sek Presint 9.

Kebiasaannya, kelas ini dibuat sebulan sekali atau dua kali. Namun begitu, penjadualan ini adalh tertakluk kepada permintaan guru - guru penyelaras tersebut.

Apa lagi, jom belajar renang.......!!!!!!!!!!!!!!

KELAS RENANG SEKOLAH MENENGAH ALAM SHAH, PUTRAJAYA 22 – 23 OKTOBER 2012





Saturday, 23 June 2012

Kursus "Water Safety & Personal Survival Skill" yang dianjurkan oleh Jabatan Laut Malaysia pada 11 - 15 Jun 2012



Pada kursus ini, sekali lagi saya dijemput oleh pihak STS untuk menjadi jurulatih renang dan keselamatan di air kepada pegawai - pegawai Jabatan Laut. Alhamdulillah mereka berpuas hati dengan servis/pengajaran yang saya berikan dalam kelas - kelas sebelum ini. 

Tuesday, 17 January 2012

KELAS PADA 27 DIS 2011




















KELAS PADA 22 DIS 2011

                                            Walau sekali kelas ada seramai 6 orang.... tapi Coach Kamal tetap memberi latihan secara perseorangan. Setiap pelajar akan dibetulkan teknik dan gaya renangan.


                                            2 orang sekolah rendah






                 3 orang dari 4 orang pelajar menengah telah boleh berenang freestyle sejauh 21 m pergi balik tanpa henti. Tak sia - sia buat kelas sejam sehari dan berpanas di bawah terik matahari..... Coach kamal pun dah makin gelap....








                                             4 orang sekolah menengah....


Tuesday, 13 December 2011

SAYANGI ANAK ANDA

Kepada semua ibu bapa......
Jangan la terlampau ambil ringan terhadap keselamatan anak - anak terutama ketika di kolam renang atau di sungai atau di laut......

Kita semua tahu yang anak2 mmg sangat suka kepada air dan akan bermain dalam air macam tak ingat dunia....
Kadang2 tahap air yang paling cetek pun boleh melemaskan anak2 terutama yang di bawah usia 6 tahun...... Kita perlu sentiasa memantau anak2 semasa mereka leka bermain dalam air ni..... risau jika perkara tak diingini berlaku......

Ibu bapa tolong la sentiasa memerhatikan aktiviti anak2 semasa mereka berada di dalam air nie.....
Jangan kita menangis di kemudian hari.....

IKLAN IKLAN

KELAS RENANG 
UNTUK DEWASA & KANAK - KANAK
PERSONAL or BERKUMPULAN

SILA HUBUNGI:

COACH KAMAL:
i. 019 - 678 5541
ii. 016 - 900 0870

Tuesday, 2 August 2011

KEBAIKAN BERENANG.......

Tidak ada jenis olahraga yang dapat menguatkan tulang, melenturkan urat saraf dan menambahkan ketangkasan seperti renang.
Berenang melibatkan semua otot di seluruh bahagian tubuh.
Semua organ vital, seperti jantung dan paru-paru ikut berlatih.
Ini sangat menyehatkan dan membuat tubuh bertambah segar.
Daya tahan tubuh pun meningkat.
Renangan akan membuatkan otot dada dan paru-paru mengembang. Ini membolehkan kapasiti udara di dalamnya menjadi semakin besar dan mantap
Berenang sangat efektif untuk membakar lemak.
Berdasarkan penelitian, sekitar 25% kalori bisa terbakar dengan berenang.

KELAS RENANG BERKUMPULAN

Selain kelas renang secara individu dan kumpulan kecil, di GilerRenang juga menawarkan kelas renang untuk berkumpulan secara besar....seperti untuk sekolah - sekolah. Guru - guru yang berminat boleh menghubungi saya untuk perbincangan lanjut.

Beberapa sekolah di Putrajaya pernah bekerjasama dengan GilerRenang iaitu Sek. Alam Shah dan Sek Presint 9.

Kebiasaannya, kelas ini dibuat sebulan sekali atau dua kali. Namun begitu, penjadualan ini adalh tertakluk kepada permintaan guru - guru penyelaras tersebut.

Apa lagi, jom belajar renang.......!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, 17 July 2011

JOM JOM...... (ini ads yang lama dulu2)... kenangan dolu2.... tapi no kontek tetap sama

Tidak ada jenis olahraga yang dapat menguatkan tulang, melenturkan urat saraf dan menambahkan ketangkasan seperti olahraga renang. Berenang melibatkan semua otot di seluruh bagian tubuh. Semua organ vital, seperti jantung dan paru-paru ikut terlatih. Ini sangat menyehatkan dan membuat tubuh bertambah bugar. Daya tahan tubuh pun meningkat. Renang membuat otot dada dan paru-paru mengembang yang membuat kapasitasnya makin besar. Berenang sangat efektif membakar lemak. Berdasarkan penelitian, sekitar 25% kalori bisa terbakar dengan berenang.



KURSUS MENYELAMAT

Pada semua yang berminat untuk menambah pengetahuan dan skill dalam renang.... bersama GILErRenang..... anda semua boleh memohon untuk menjalani kursus - kursus menyelamat di air seperti Kursus BRONZE, kursus ILS,

bersama GILErRenang, setiap kursus menyelamat yang anda ikuti akan dinilai oleh penilai/examiner yang bertauliah dan diiktiraf oleh Persatuan Penyelamat Malaysia....

JANGAN TUNGGU LAGI.... MOHON LAH SEKARANG....

Tuesday, 12 July 2011

SEDIKIT MAKLUMAT RENANG

Ehsan dari Wikipedia


Renang merupakan satu senaman yang baik. Kita sedia maklum bahawa ketumpatan tubuh manusia adalah lebih kurang sama dengan ketumpatan air, 73% isi tubuh manusia is air dan oleh itu, dengan berenang, tekanan pada sendi dan tulang dapat dikurangkan. Kerana itu lah renang sering disyorkan sebagai senaman untuk pemulihan selepas kecederaan atau untuk mereka yang mengalami hilang upaya.


Renang ialah sejenis senaman aerobik kerana tempoh senaman ini yang panjang memerlukan bekalan oksigen yang tetap kepada otot, kecuali semasa pecutan singkat yang otot berfungsi secara anaerob. Sebagaimana dengan kebanyakan senaman aerobik, renang dipercayai mengurangkan kesan tekanan yang buruk.



Hmmmm....... betul la tu...buku sains tingkatan 3 ada mention pasal nie...ke tingkatan berapa ntah...(tak ingat sbb dh dekat 30 thn tinggalkan sekolah)

ANDA MINAT NAK BELAJAR...?

Saya pasti anda minat nak belajar tapi tak tahu macam mana kan.... Jangan risau lagi.... di GilerRenang ini, anda juga boleh mendapatkan kelas belajar berenang..... Kenapa? Saya, Coach Kamal (as called by my students) is certified swim coach..... Dah pengalaman mengajar renang since 2000 (sekarang dh 12 tahun lebih terlibat dalam renang)..... start di Perlis semasa masih berkerja dalam sektor awam lagi (sekarang dah berenti n buat fulltime coaching) ........ Sekarang mengajar di kolam - kolam renang sekitar Putrajaya...... 

Saya tau, ramai brader brader kat luar tu yang nak berenang n nak belajar berenang....so jangan malu - malu lagi.... boleh contact saya terus...... 

Jangan tunggu lagi..... sekarang dah makin ramai orang pandai berenang..... kita jangan ketinggalan...... walau siapa pun anda....walau berapa pun umur anda.... anda mmg di sarankan untuk berenang.......

BERENANG

Berenang ni memang kesukaan/kegemaran dr dulu..... Renang dapat membantu menyihatkan tubuh badan di samping merupakan senaman yang tidak meletihkan walau berenang berjam - jam. Kadang - kadang bila badan rasa lenguh - lenguh, selsema, demam atau pening kepala....mesti akan berenang.... Alhamdulilah setakat ini, tak perlu makan ubat doktor or panadol untuk sembuh. Selain itu, berenang juga boleh membantu sesiapa yang ada masalah sendi atau tulang belakang/kepala lutut. Orang yang menghadapi sakit - sakit macam akan kalau rajin berenang atau sekadar berjalan perlahan - lahan di dalam air, InsyaAllah akan sembuh. Doktor pun ada yang menyaran kan. Tapi perlu berenang dengan cara yang betul la kan, kalau tak mungkin akan terseliuh di tempat tempat lain pulak.