Sunday, 17 July 2011

JOM JOM...... (ini ads yang lama dulu2)... kenangan dolu2.... tapi no kontek tetap sama

Tidak ada jenis olahraga yang dapat menguatkan tulang, melenturkan urat saraf dan menambahkan ketangkasan seperti olahraga renang. Berenang melibatkan semua otot di seluruh bagian tubuh. Semua organ vital, seperti jantung dan paru-paru ikut terlatih. Ini sangat menyehatkan dan membuat tubuh bertambah bugar. Daya tahan tubuh pun meningkat. Renang membuat otot dada dan paru-paru mengembang yang membuat kapasitasnya makin besar. Berenang sangat efektif membakar lemak. Berdasarkan penelitian, sekitar 25% kalori bisa terbakar dengan berenang.



KURSUS MENYELAMAT

Pada semua yang berminat untuk menambah pengetahuan dan skill dalam renang.... bersama GILErRenang..... anda semua boleh memohon untuk menjalani kursus - kursus menyelamat di air seperti Kursus BRONZE, kursus ILS,

bersama GILErRenang, setiap kursus menyelamat yang anda ikuti akan dinilai oleh penilai/examiner yang bertauliah dan diiktiraf oleh Persatuan Penyelamat Malaysia....

JANGAN TUNGGU LAGI.... MOHON LAH SEKARANG....

Tuesday, 12 July 2011

SEDIKIT MAKLUMAT RENANG

Ehsan dari Wikipedia


Renang merupakan satu senaman yang baik. Kita sedia maklum bahawa ketumpatan tubuh manusia adalah lebih kurang sama dengan ketumpatan air, 73% isi tubuh manusia is air dan oleh itu, dengan berenang, tekanan pada sendi dan tulang dapat dikurangkan. Kerana itu lah renang sering disyorkan sebagai senaman untuk pemulihan selepas kecederaan atau untuk mereka yang mengalami hilang upaya.


Renang ialah sejenis senaman aerobik kerana tempoh senaman ini yang panjang memerlukan bekalan oksigen yang tetap kepada otot, kecuali semasa pecutan singkat yang otot berfungsi secara anaerob. Sebagaimana dengan kebanyakan senaman aerobik, renang dipercayai mengurangkan kesan tekanan yang buruk.



Hmmmm....... betul la tu...buku sains tingkatan 3 ada mention pasal nie...ke tingkatan berapa ntah...(tak ingat sbb dh dekat 30 thn tinggalkan sekolah)

ANDA MINAT NAK BELAJAR...?

Saya pasti anda minat nak belajar tapi tak tahu macam mana kan.... Jangan risau lagi.... di GilerRenang ini, anda juga boleh mendapatkan kelas belajar berenang..... Kenapa? Saya, Coach Kamal (as called by my students) is certified swim coach..... Dah pengalaman mengajar renang since 2000 (sekarang dh 12 tahun lebih terlibat dalam renang)..... start di Perlis semasa masih berkerja dalam sektor awam lagi (sekarang dah berenti n buat fulltime coaching) ........ Sekarang mengajar di kolam - kolam renang sekitar Putrajaya...... 

Saya tau, ramai brader brader kat luar tu yang nak berenang n nak belajar berenang....so jangan malu - malu lagi.... boleh contact saya terus...... 

Jangan tunggu lagi..... sekarang dah makin ramai orang pandai berenang..... kita jangan ketinggalan...... walau siapa pun anda....walau berapa pun umur anda.... anda mmg di sarankan untuk berenang.......

BERENANG

Berenang ni memang kesukaan/kegemaran dr dulu..... Renang dapat membantu menyihatkan tubuh badan di samping merupakan senaman yang tidak meletihkan walau berenang berjam - jam. Kadang - kadang bila badan rasa lenguh - lenguh, selsema, demam atau pening kepala....mesti akan berenang.... Alhamdulilah setakat ini, tak perlu makan ubat doktor or panadol untuk sembuh. Selain itu, berenang juga boleh membantu sesiapa yang ada masalah sendi atau tulang belakang/kepala lutut. Orang yang menghadapi sakit - sakit macam akan kalau rajin berenang atau sekadar berjalan perlahan - lahan di dalam air, InsyaAllah akan sembuh. Doktor pun ada yang menyaran kan. Tapi perlu berenang dengan cara yang betul la kan, kalau tak mungkin akan terseliuh di tempat tempat lain pulak.